Dron Sembur Sawah

Dron sembur padi untuk jelapang utara dan timur

Dari bendang MADA di Kedah dan Perlis, ke sawah KADA di Kelantan dan Seberang Perai. Racun, baja dan benih ditabur dari udara, kaki tak perlu masuk selut.

Dron pertanian terbang di atas sawah padi yang menghijau di Malaysia
Foto: Jazlihassan, Wikimedia Commons, CC BY-SA 4.0

Senang saja

  1. WhatsApp atau isi borang: kawasan, keluasan, masalah.
  2. Kami semak lokasi, ruang udara dan racun yang nak digunakan.
  3. Hari sembur ditetapkan ikut cuaca dan peringkat padi.
  4. Anda terima rekod: tarikh, petak, bahan dan kadar.

Cara kerja penuh

Kenapa ramai pesawah beralih ke dron

Menyembur dengan pam galas di bendang berselut memang memenatkan, dan sukar mencari pekerja apabila semua orang nak sembur pada minggu yang sama. Dron menyiapkan petak demi petak dari tepi batas.

Satu kajian di sawah MADA, Kampung Alor Gandak, Alor Setar, mendapati masa menyembur turun daripada kira-kira 80 jam kepada 24 jam selepas menggunakan dron, dan bilangan pekerja daripada empat orang kepada seorang (Rosedi & Shamsi, 2022).

Kami tak reka angka

Tiada harga palsu, testimoni rekaan atau dakwaan lesen di laman ini. Dokumen operasi akan ditunjukkan semasa sebut harga.

Kerja sawah yang kami buat

Ikut peringkat padi, dari tabur benih sampai sembur sebelum masak.

Soalan pesawah

Berapa upah dron sembur padi?

Bergantung pada keluasan, kerja dan lokasi. Kami beri sebut harga bertulis selepas mendapat butiran.

Perlukah dron sembur ada permit?

Ya. Operasi pertanian UAS memerlukan Sijil Kerja Keudaraan daripada CAAM di bawah CAD 6011 Part (II). Lihat halaman peraturan.

Boleh guna baja subsidi?

Boleh, jika baja itu dalam bentuk yang sesuai untuk alat penabur. Kami ikut kadar yang disyorkan.

Boleh tabur benih dengan dron?

Boleh untuk tanam tabur terus. Kami kalibrasi pada petak ujian dahulu.

Semua soalan

Bendang dah mula berair?

Tempah awal sebelum musim sembur memuncak. Kami balas dengan soalan dan sebut harga bertulis.

Tempah sebut harga